Rabu, 21 Mac 2018

GEMPAK NOSTALGIK #BALING BELAKANG



Seperti yang telah dimaklumi ramai, majalah Gempak telahpun menamatkan pengeluaran majalah ini secara fizikal. Ia kini boleh dinikmati secara atas talian. Justeru, sebagai kenang-kenangan, mereka telah mengeluarkan sebuah keluaran khas Gempak Nostalgik #Baling Belakang. Ia memuatkan karya-karya awal yang pernah tersiar di majalah Gempak oleh 15 orang kartunis iaitu:-

Mat Gempak - Zuan
Kampung Asam Jawa - Mars
Helosis - Mum
Ombak Yang Terkurung - Ageha
Skandal Pondok Telefon - Totoro
Sam Supermarket - C2V
Tuk Cucu - Kenny Chua
Dari Alam Angker - Puyuh
Remos Brother - Saki
Bujang Hapak - C2V
Sami Bond - Zuan
Jingg- - Kenny Chua
Hang Gua - Slaium
Prof T.R. - Puyuh, dan
Bilik #76C - Tan Eng Huat

Bagi peminat majalah ini sudah tentunya dapat melihat kembali perbezaan besar skill dan stroke lukisan kartunis-kartunis ini di awal pengelibatan mereka dalam Gempak dan karya mereka hari ini. Bagi hamba karya mereka yang awal walaupun dari segi lukisan tidak sebaik hari ini, namun dari segi persembahan, karya mereka lebih ke-Malaysia-an dan lebih dekat kepada hati orang Malaysia berbanding yang mutakhir, di mana karya mutakhir bukan hanya lukisan sebahagian besar kartunis banyak dipengaruhi oleh manga dan manhwa, bahkan jalan cerita juga banyak dipengaruhi oleh budaya luar. Kartunis dan komikus luar sememangnya menjual karya dan budaya mereka, namun sekiranya orang kita sendiri mengikut rentak mereka, maka siapa lagi yang mahu memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Boleh tanya diri sendiri - setakat ini ada tak pelukis luar yang kata mereka melukis mengikut gaya Malaysia?


*Katanya ada 8 keluaran istimewa selepas Gempak tutup kedai ini. Sediakan duit sajalah!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...