Ahad, 31 Ogos 2014

SALAM 57 TAHUN MERDEKA


Doodle Google pada hari ini cukup cantik memaparkan gambar bunga raya yang disusun mengikut perkataan Google. Ia sebagai perhargaan terhadap Malaysia yang menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-57 tahun. Hamba tak ke Dataran. Pernah sekali hamba ke Dataran semasa Merdeka ke 50 tahun dulu. Lebih banyak tengok perbarisan dan ambil gambar dari celah kangkang polis yang suka berdiri (kononnya mengawal khalayak) di hadapan penonton. Padahal hamba pada ketika itu bertugas rasmi nak ambil gambar, kena marah dan tak dibenarkan berjalan untuk mengambil gambar. Jurugambar apa namanya kalau tetap di satu tempat aje. Bila ditunjukkan pas bertugas dia sound hamba balik katanya dia pun bertugas juga. Sebab itu ramai orang tak respek anggota keselamatan. Tak boleh beza yang datang tu nak menonton atau bertugas.


Demikian itu merdeka tahun ini hamba ambil keputusan nak basuh karpet di rumah. Dulu pernah hantar ke tempat cucian. Tetapi hasilnya amat mendukacitakan. Warnanya tetap kepam dan baunya juga masam. Apa tidaknya pekerja di kedai hanya semburkan air sahaja tanpa menggosoknya. Jadi hari ini hamba balun dua helai karpet sekali gus dari hujung ke hujung. Membasuhnya tidak berapa lelah tetapi nak mengangkatnya ke penyidai menyebabkan hamba 'abih ongap' rasanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...