Putrajaya dari udara |
Hamba lihat ada pelbagai acara akan diadakan sempena sambutan pada tahun ini. Semua itu melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta, satu jumlah yang agak besar bagi hamba. Cuma satu yang hamba tak faham kenapa kalau kita merayakan sesuatu mesti perlu diadakan konsert atau acara hiburan. Mungkin kebanyakan orang sudah menetapkan di dalam minda mereka bahawa tanpa kehadiran artis, sesuatu majlis itu sukar untuk menarik pengunjung. Ini bermakna artis dijadikan 'crowd puller' bagi menjayakan sesuatu acara. Jadi boleh kita katakan bahawa kedatangan sebilangan orang sebenarnya bukanlah kerana hendak memenuhi objektif sambutan tetapi lebih kepada hendak melihat artis pujaan mereka. Kerana itu pada hari ini sampaikan hendak buat program umrah pun masih ada pihak yang menggunakan artis sebagai penarik.
Namun terdapat beberapa perkara yang hamba percaya memberikan faedah kepada warga Wilayah Persekutuan. Antaranya ialah tawaran dan diskaun istimewa kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan kadar bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari. Selain itu penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL seperti gelanggang sukan, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium serta menaiki bot dan kuda di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari. Pada 1 Februari, diskaun diberikan untuk bayaran masuk ke Aquaria KLCC, Berjaya Times Square Theme Park, Menara KL, Taman Burung Kuala Lumpur dan tambang bas KL Hop On Hop Off dan bayaran masuk ke Menara KL.
Hamba sendiri bercadang nak mencuba menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang harganya pada hari biasa bisa membuat kita sesak nafas. Dengarnya ada diskaun 50%. Kalau terus dikurangkan harga tiketnya buat selamanya pun bagus juga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan