Khamis, 31 Januari 2013

KARNIVAL KARANGKRAF 2013


Satu acara yang pastinya menggumbirakan para ulat buku yang akan berlansung bermula esok sehingga 3 Februari ini adalah Karnival Buku Karangkraf bertempat di  Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam. Sememangnya hamba setiap tahun akan cuba mengunjungi karnival ini jikalau berkesempatan. Walaupun hanya menjual produk keluaran Grup Kumpulan Karangkraf, namun jualannya pasti tidak menghampakan. Ini kerana terdapat bahan bacaan yang dijual dengan harga yang istimewa, termasuk juga terbitan yang baru. Selain itu para ulat buku berpeluang untuk bertemu dengan penulis kegemaran mereka dan mendapatkan tandatangan pada buku yang dibeli.

Suka hamba berpesan agar para sahabat pergi seawal pagi bagi mendapatkan tempat parking serta mengelakkan kepanasan waktu tengahari.






HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2013

Putrajaya dari udara


Esok jatuh tanggal 1 Februari 2013 yang juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan. Hamba bukan anak Wilayah Persekutuan juga tidak tinggal atau mempunyai harta di sini. Hamba cuma bekerja di Putrajaya, satu daripada 3 buah Wilayah Persekutuan. Ini bermakna secara otomatiknya hamba akan bercuti esok. Boleh juga hamba ambil kesempatan menyelesaikan beberapa urusan serta menarik nafas lega kerana tak perlu keluar ke pejabat seawal 6.30 pagi dan seterusnya meredah kesesakan jalan selama satu jam setengah.

Hamba lihat ada pelbagai acara akan diadakan sempena sambutan pada tahun ini. Semua itu melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta, satu jumlah yang agak besar bagi hamba. Cuma satu yang hamba tak faham kenapa kalau kita merayakan sesuatu mesti perlu diadakan konsert atau acara hiburan. Mungkin kebanyakan orang sudah menetapkan di dalam minda mereka bahawa tanpa kehadiran artis, sesuatu majlis itu sukar untuk menarik pengunjung. Ini bermakna artis dijadikan 'crowd puller' bagi menjayakan sesuatu acara. Jadi boleh kita katakan bahawa kedatangan sebilangan orang sebenarnya bukanlah kerana hendak memenuhi objektif sambutan tetapi lebih kepada hendak melihat artis pujaan mereka. Kerana itu pada hari ini sampaikan hendak buat program umrah pun masih ada pihak yang menggunakan artis sebagai penarik.

Namun terdapat beberapa perkara yang hamba percaya memberikan faedah kepada warga Wilayah Persekutuan. Antaranya ialah tawaran dan diskaun istimewa  kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan kadar bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari. Selain itu penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL seperti gelanggang sukan, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium serta menaiki bot dan kuda di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari. Pada 1 Februari, diskaun diberikan untuk bayaran masuk ke Aquaria KLCC, Berjaya Times Square Theme Park, Menara KL, Taman Burung Kuala Lumpur dan tambang bas KL Hop On Hop Off dan bayaran masuk ke Menara KL.
Hamba sendiri bercadang nak mencuba menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang harganya pada hari biasa bisa membuat kita sesak nafas. Dengarnya ada diskaun 50%. Kalau terus dikurangkan harga tiketnya buat selamanya pun bagus juga...

Selasa, 29 Januari 2013

JALAN HANG JEBAT a.k.a. JONKER STREET, MELAKA




Andai disebut Jalan Hang Jebat di Melaka, mungkin akan ada yang tercangak-cangak kerana tidak mengetahui dengan tempat di mana kedudukan tempat tersebut. Namun jikalau disebut Jonker Street pastinya ramai di antara yang tercangak tadi akan mengetahui di mana lokasinya. Hakikatnya kedua-duanya merujuk kepada tempat yang sama. Namun entah dimana silapnya jalan yang diberikan mengikut nama pahlawan silam Melaka itu ditenggelami oleh nama yang berbau penjajah tersebut. Ini tidak menghairankan kerana di mana-mana promosi termasuk oleh kerajaan negeri sendiri nama Jonker Street lebih banyak digunakan berbanding Jalan Hang Jebat. Maka sekiranya anak cucu cicit si Jonker itu ada lalu di kawasan tersebut maka bolehlah mereka berbangga kerana nama atuk mereka masih lagi diingati oleh masyarakat yang pernah mereka jajah.
Melihat kepada peta lama Melaka serta lukisan yang dipamerkan di Bangunan Stadhuys, hamba berkeyakinan bahawa kawasan tersebut pada masa silamnya merupakan satu perkampungan orang Melayu. Ini diperkuatkan dengan tinggalan masjid serta dua buah makam pahlawan Melayu iaitu Hang Kasturi yang memang ada di kawasan tersebut serta makam Hang Jebat yang terletak berhampiran. Hari ini Melayu di kawasan tersebut hanya tinggal nama sahaja.

Kawasan di sepanjang jalan tersebut dibarisi bangunan rumah kedai yang dibina sebelum perang menjadikannya satu kawasan bangunan bersejarah yang menjadi tarikan pelancong. Jalannya yang sempit menyebabkan kenderaan yang melalui terpaksa bergerak perlahan kerana ia turut sesak dengan manusia. Ketika ini jalan tersebut hanya ditutup pada waktu malam bagi membolehkan para pelancong dan pelawat bebas berjalan kaki di kawasan tersebut. Sewajarnya pada waktu siang jalan tersebut ditutup juga kepada kenderaan kecuali beca dan basikal bagi membolehkan pengunjung berjalan dengan selesa.
Kawasan ini akan lebih meriah apabila tiba malam hujung minggu. Kadang-kadang dek terlampau ramainya manusia hamba berasa tidak berapa selesa untuk berjalan melihat atau mencari barang-barang cenderamata. Risau juga sekiranya ada pencopet yang mengambil kesempatan di atas kebanjiran manusia di situ. Melihat wajah-wajah manusia yang memenuhi jalannya, kadang-kadang hamba merasakan bahawa hamba berada di Hong Kong berbanding dengan tanah air sendiri. Begitu juga apabila melihat dekorasi bangunan, tulisan papan perniagaannya serta separuh bahan dagangannya, kadang-kadang hamba berasa jauh dari tanah kelahiran hamba.
Di jalan ini ada terdapat beberapa premis hiburan yang menjual minuman keras. Pada malam hujung minggu mereka ini ada yang akan meletakkan kerusi meja di kaki lima serta lorong bersebelahan kedai mereka. Kadangkala ada yang mendirikan pentas hiburan bagi menghiburkan pengunjung premis mereka. Sesungguhnya hamba amat merasa janggal apabila melihat suasana manusia yang bebas meminum minuman keras sebegini. Apatah lagi ia berada di negeri yang menjuarai Dunia Melayu Dunia Islam. Sekali sekala pengunjung yang mabuk ini akan menyanyi dan menari bersama penghibur di atas pentas. Justeru kepada pengunjung yang datang bersama dengan anak-anak, suka hamba melabel kawasan ini sebagai 18SX bahkan mungkin lebih buruk daripada itu. Perlu diingat seperti yang hamba sebut di awal tadi, di lorong ini ada makam Hang Kasturi. Apakah manis suasana sebegini berlaku berhampiran dengan tanah perkuburan. Mungkin sebab Hang Kasturi bukan datuk nenek kita atau tiada pertalian juga ikatan dengan kita maka kita tidak kisah dengan manusia yang berhibur atau mencari dunia di sekitarnya. Nyata perkuburan yang ada di situ tidak mengingatkan mereka yang melaluinya dengan kematian bahkan tidak dihiraukan sama sekali.
Jikalau hendak menarik pelancong, hiburan serta anasir memabukkan ini mereka boleh perolehi di tempat mereka. Jikalau ditampilkan sesuatu yang berasal daripada mereka jelaslah penjajahan di bumi bertuah ini masih belum berakhir lagi. Laungan merdeka setiap genap haulnya serasa tidak lebih daripada satu teriakan biasa…….

Ahad, 20 Januari 2013

ZOOLOGY - Stanley G


Antologi komik ni hamba  beli kat kedai majalah di Anjung dengan harga RM1 sahaja. Bukan yang ini sahaja bahkan pada masa tersebut banyak lagi novel grafik yang dijual dengan harga yang sama. Maka hamba pun menyambar dalam 7 ke 8 buah komik untuk bacaan santai hamba terutama bila stress dengan kerja yang tak pernah nak habis. Tapi usahlah pergi serbu kedai majalah tu hari ni. Dalam 3 hari je dia buat offer ni, dah licin dah komik-komik tu. Tunggu ajelah kalau dia bermurah hati di lain kali.

Komik ini sarat dengan kritikan sosial yang disampaikan dalam bentuk humor. Isu seperti pengemis, pasaraya yang tidak memulangkan duit satu sen, jalan yang hanya dibaiki setelah dilalui oleh VVIP, penjaga parking haram, orang yang suka menghalang parking, hampir kesemuanya perkara yang hamba sendiri pernah lalui dalam kehidupan seharian.

Bila membaca komik ini hamba terasa macam nak buat pula kritikan buat bos-bos di tempat hamba bertugas!

Sabtu, 19 Januari 2013

WHEN MY GUITAR GENTLY WEEPS


Hamba jarang bermain dengan manual. Dan hamba berkesempatan menggunakan cara tersebut apabila terserempak dengan persembahan pentas di celah sebuah lorong sempit di Jonker Street. Sebab ini konsert ntah sapa-sapa penyanyinya, maka hamba boleh merapat ke tepi pentas memandangkan tiada pengawal keselamatan seperti di persembahan berskala besar. Walaupun lampu limpahnya ala kadar sahaja, tetapi sudah cukup buat hamba menggunakan cahaya sedia ada untuk merakam persembahan lelaki ini.

Apapun ini hanyalah satu latihan fotografi sahaja. Hamba tidak menggalakkan lansung sekiranya sahabat ingin berkunjung ke mana-mana konsert. Adalah dimaklumkan juga iklan barangan haram yang menjadi latar belakang subjek fotografi ini tiada kena mengena dengan hamba, hamba tidak bersekongkol dengan mereka dan hamba melarang sahabat mencubanya.

Kita layan gambar ini, kita belajar menembak dengan lebih giat lagi.



ENCIK PATRICK YANG KURANG AJAR


Hamba tidak pasti apa yang bersarang di dalam pemikiran Encik Patrick ini sewaktu mengungkapkan tulisan atau kata-kata yang tidak bertamadun ini. Adakah kerana ingin memprotes tentang sesuatu peraturan maka amalan agama Islam serta kitab sucinya diharuskan untuk diperlekehkan. Sebagai seorang Muslim yang dengan teguh mengakui tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah hamba secara terbuka mengutuk dan membantah tulisan tersebut. Ia adalah pencabulan yang nyata dibuat secara terbuka terhadap agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara.

Hamba masih tidak faham kenapa Encik Patrick memperlekehkan agama hamba. Tidak bolehkah beliau hanya memprotes peraturan yang digariskan itu sahaja? Kenapa pula beliau mesti memburukkan agama hamba? Ketika mesej tersebut di capture imejnya, terdapat 66 like di situ. Ini bermakna ada 66 makhluk yang suka dengan penghinaan itu dan hamba menganggap mereka ini bersekutu dan bersekongkol. Jikalau ada sahabat hamba di sini yang turut meletakkan tanda like mereka di situ, hamba sesunggguhnya malu untuk mengaku bersahabat dengan anda. Dan sekiranya anda Muslim, maka hamba berpesan agar anda bertaubat dan memperbaharui semula syahadah anda.

Sesungguhnya orang Islam dinegara ini terlalu baik. Apabila seseorang itu memohon maaf sahaja, maka dengan lekasnya isu itu hilang umpama ditiup angin. Padahal apa yang disentuh ini adalah amat sensitif sekali. Ia adalah agama hamba, pegangan hamba, keimanan hamba, aqidah dan i'tiqad hamba!! Hamba tidak tahu apa yang melanda umat Islam di negara ini. Satu ketika dahulu, apabila ada seorang pembesar negara mengangkat keris dalam satu perhimpunan tahunan mereka, beliau dibidas secukupnya. Mengangkat keris sesungguhnya lansung tidak melibatkan penghinaan terhadap mana-mana agama. Namun pembesar ini telah dibidas dengan 'kaw-kaw'nya. Maka sekali lagi atas lembutnya sifat umat Islam negara ini, pembesar berkenaan telah lembik tengkuk serta membuat permohonan maaf.

Hamba tidak tahu sekiranya ada pemimpin bukan Islam di negara ini yang mengumumkan sesuatu peraturan yang tidak menyenangkan sesetengah pihak maka ada orang yang memprotes dengan memperlekehkan amalan agama beliau. Entah hamba tak pernah dengar lansung, namun mereka yang mengutuk agama Islam, maka Encik Patrick bukanlah yang pertama.

Permohonan maaf Encik Patrick sesungguhnya lansung tidak dapat mengubat kelukaan di dalam jiwa saya bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Beliau perlu dihukum sewajarnya. Dan hamba juga tidak berminat untuk untuk berkongsi kewarganegaraan dengan Encik Patrick. Beliau sesungguhnya telah melampaui batas!

Encik Patrick, dikau perlu belajar lebih banyak lagi!!



Jumaat, 18 Januari 2013

BILA KANAK-KANAK TAHUN LIMA LARI BERSAMA KEKASIHNYA...

Apabila hamba membaca laporan akhbar mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 11 tahun lari bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun, hamba jadi terkesima seketika. Dalam umur secotet itu beliau telah mula menconteng arang ke muka kedua ibu bapanya. Di katakan juga bahawa remaja 17 tahun itu juga sebelum ini pernah menghantar cincin pertunangan bagi meneruskan hubungan. Hamba rasa kalau anda semua ada anak berusia 11 tahun pun tentunya tidak akan menerima peminangan tersebut. Perjalanan anak berumur sedemikian masih panjang, UPSR pun belum lepas, apatah lagi dengan peperiksan besar yang lain.

Namun yang dapat kita fahami adalah dalam keadaan jiwa sedang kemaruk dengan cinta, tindakan kadang-kadang menjadi terlalu bodoh. Persekitaran yang ada hari ini telah mengajar anak-anak muda yang mentah ini untuk menjadi tidak waras dalam pemikiran. Majalah hiburan yang melambak di pasaran, cerita, novel, filem dan drama percintaan yang kadangkala melanggar tatasusila dan budaya menjadi kitab rujukan buat golongan seperti mereka ini. Hamba sendiri turut risau kerana hamba juga mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja. Bahan-bahan seperti ini dijual berleluasa dan mudah didapati. TV pula bersekongkol menayangkan perkara yang kadangkala meruntuhkan jiwa.

Cubalah kalau artis kesayangan anak muda ini dikutuk dan sebagainya, maka mereka akan tampil menjadi pembela yang memperjuangkan sesuatu yang tak bermakna atau seseorang yang tiada kena mengena  dengan mereka. Lantaran itu, kata nasihat ibu bapa yang melahir dan membesarkan mereka menjadi sesuatu yang tidak berharga dan diabaikan.

Suka hamba memberi amaran kepada anak muda seperti ini, jika syurga yang mereka cari, carilah keredhaan ibu bapa terlebih dahulu. Namun jika syurga dunia yang lebih dirindui, maka beringatlah bahawa dikau sedang melakar jalan ke neraka!!

Khamis, 10 Januari 2013

WHY DON'T YOU INVITE HARMONY IN?


Beberapa hari yang lalu hamba menghadiri Majlis Amanat Tahun Baru 2013 oleh menteri yang menerajui kementerian hamba bekerja. Lalu di akhir ucapannya beliau membawakan sebuah cerita. Kata beliau....

"Izinkan saya untuk mengakhiri amanat saya ini dengan "continuation of the story of the carpenter" yang telah saya ceritakan kepada anda sekalian pada Amanat Tahun 2012 saya:

“After he built the house, the carpenter, his wife and their two children, a son and a daughter,  went to live in it. Life was challenging because there were frequent quarrels  about money and other things. The little girl was deeply troubled and saddened by the situation.
She said, sadly, “It is New Year's Eve, but everyone is not happy. Brother insists on buying a new motorcycle. Father, mother and brother are quarrelling about it again." 
Father said to brother, "Can't you use the old motorcycle ? You only know how to spend money, not make any !"  Mother also said to brother, "We don’t have much money, so why don't you just use the old motorcycle?"

Brother angrily retorted, "The old motorcycle breaks down all the time. YOU use it because I definitely won't !" 

"See, it's all  your fault, mother. You have pampered and spoilt him !", Dad said to Mom.
“Dear God, please help everyone be happy for the New Year!", prayed the little girl.

Suddenly, outside the window, the little girl  saw  four white-bearded  old men . She exclaimed,  Mom and Dad, , look !" 
Mom said to the old men, "It’s raining very heavily. Sirs, you are most welcome to come in to our home for shelter !"

The first Old man said, "Thank you for your kindness, madam. But we have a golden rule - only one of the four of us can come in. Who do you wish to invite in?"

The four old men then introduced themselves one by one. Said Old man No. 2 : "I am Wealth."  Said Old man No. 3 : "I am Success." Said Old man No.4 : "I am Well-being."  Then, Old man No.1 said with a laugh, "Everyone calls  me Harmony."

Father said to the four old men, "Let us invite Wealth in. Then we can have a comfortable life !"

Brother said, "No, no, choose Success ! I want my family to be proud of me!" Mom said, "Hold on a minute!  Well-being is the most important!"

Dad exclaimed, "Wealth !" Brother, "Success !"  Mom said "Well-being !"

The little girl asked her mother, "Mom, what is harmony ? Why don’t you invite Harmony in?" Dad said, "Yes, you’re right ! Why don’t we invite Harmony in? New Year is here, we should be harmonious. Let’s invite Mr. Harmony in, then !"

Then, ALL  the four old men came in together. The  little girl’s father said, "Eh? I thought you said that ONLY ONE of you can come in ? Why did all of you come in, then ?"
Old man No.1 replied, "We have another rule. If Harmony enters, Well-being, Success and Wealth will follow."
The moral of the story is, once we have established harmony within ourselves, our families, our organization as well as our country, success, wealth and well-being will follow. So, let us build a harmonious environment in order for us to be successful."

Hamba mengakui itulah perkara yang amat diperlukan di tempat hamba bekerja. Walaupun kepala nombor satu dalam mesyuaratnya meminta agar diadakan program bagi meningkatkan keharmonian di tempat kerja, maaflah hamba merasakan kepala nombor satu itu perlu beredar dari kerusinya dahulu, ketika itu keharmonian itu akan berkunjung masuk bersama rakan-rakannya!!

Rabu, 2 Januari 2013

LEGASI PEJUANG - Arman Jazee



Dapat juga hamba menghabiskan bacaan sebuah novel dalam masa hamba bercuti ini. Itupun memakan masa lima hari juga untuk menghabiskannya. Manakan tidak, dalam kita membaca pastinya ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Maka terpaksalah berdikit-dikit menelaahnya sehingga habis.

Di Malaysia tidak banyak penulis yang berani menghasilkan novel bernada thriller dan aksi. Kebanyakan yang ada lebih kepada jiwang-jiwang yang kadangkala menghanyutkan. Hamba tidak kenal dengan penulis ini dan hamba tidak tahu apakah ini novelnya yang pertama atau tidak. Namun hamba mencapainya dari rak buku kerana hamba dahagakan bahan bacaan yang bertemakan aksi seperti ini.

Kisah bermula dengan satu rompakan bank di Kuala Lumpur oleh sekumpulan warga asing berketurunan Arab. Seorang lelaki bernama Syed Kairi Syed Fahim, seorang penghantar cepat yang menghantar bungkusan bank tersebut akhirnya menjadi tawanan kepada ketua perompak dan dibawa sama untuk melarikan diri. Kisah penawanan beliau diceritakan begitu ringkas sehinga tiba-tiba sahaja telah berlalu tiga tahun dan beliau kini berada di Algeria. Dalam tempoh tersebut dapat difahamkan bahawa beliau telah diberi latihan sebagai seorang pejuang. Secara tiba-tiba juga nama beliau telah bertukar kepada Muaz tanpa diketahui hujung pangkalnya. Tentu agak menarik sekiranya penulis memanjangkan sedikit kisah penawanan beliau sehingga membawa kepada penyertaan beliau dalam Gerakan Jihad Ulislam.

Penceritaan dilanjutkan dengan kisah perjuangan beliau di Somalia, Bosnia, Lubnan sehingga kepada pencerobohan Ibupejabat CIA di Amerika untuk membebaskan tawanan. Watak Muaz walaupun digambarkan sebagai pejuang Islam, namun kadangkala beberapa tindakannya nampak amat ganas sehingga tidak nampak Islamik tersebut. Sebagai contoh, ketua perompak yang menawan beliau tersebut sebenarnya adalah ketua gerakan Jihad Ulislam. Sewaktu melarikan diri dari bank, beliau telah membunuh polis yang menyerbu masuk. Tindakan membunuh sewenang-wenangnya ini boleh memberikan mesej keganasan kepada pembaca. Begitu juga sewaktu beliau dan sahabatnya Khaleb mahu memasuki sempadan Somalia, habis kesemua pengawal sempadan tersebut dibunuh mereka.

Walau apapun hamba menerima cerita ini seadanya memandangkan ia hanya sebuah fiksyen yang turut mengaitkan latar tempat dan masa seolah ia benar-benar berlaku. Peristiwa Black Hawk Down di Somalia serta askar pengaman PBB yang terdiri daripada tentera Malaysia dan Pakistan yang menyelamatkan tentera Amerika yang merupakan satu peristiwa benar turut dijadikan latar cerita seolah-olah Muaz turut sama berjuang. Beberapa watak turut menggunakan nama yang diubahsuai daripada tokoh yang wujud seperti Hassan Nasrallah menjadi Hassan Hasalla dan Yitzak Rabin menjadi Yizhak Rabene. Kadang-kadang hamba merasakan kekuatan watak utamanya juga terlalu bombastik seolah seorang superhero.

Sambil mata hamba membaca, otak hamba pula menterjemahkannya dalam bentuk visual. Andainya novel ini difilemkan ianya pasti penuh dengan pertumpahan darah yang tidak memungkinkan ia dilabel sebagai 'U'. Namun yang pasti ia memang menarik untuk divisualkan. Tahniah buat penulis, hamba menunggu kelahiran karyanya yang akan datang!!


PERMULAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2013

Alhamdulillah, selesai agenda anak-anak hari ini. Yang sulung di darjah lima, yang kedua di darjah empat dan nombor tiga di pra sekolah. Bagi anak-anak di sekolah rendah segala yuran telahpun diselesaikan sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baru manakala bagi yang di pra sekolah, kesemuanya diselesaikan pagi tadi. Memandangkan kesemua yang bersekolah tahun ini bukannya kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah, maka tiadalah hamba bermasalah untuk meninggalkan mereka belajar bersama kawan-kawan.

Persekolahan anak-anak pastinya memeningkan ramai ibu bapa terutamanya pada perkara yang melibatkan perbelanjaan mereka seperti yuran, pakaian sekolah, buku, alatulis dan sebagainya. Walaupun hamba diberi kelapangan oleh Allah untuk menyelesaikan segala urusan tersebut, namun sekali sekala terasa juga banyaknya wang yang mengalir keluar.  Terfikir juga hamba keadaan mereka yang kurang berada. Pastinya kasar juga perbelanjaan mereka untuk menyiapkan keperluan anak-anak. Namun bagi hamba sendiri, hamba telah membuat persediaan semenjak setahun yang lalu dengan menabung pada setiap bulan. Konsep kewangan hamba agak mudah iaitu simpan dahulu baru belanja, bukan belanja dahulu baru simpan. Melalui cara ini hamba menyediakan beberapa sampul khas untuk hamba buat simpanan. Sampulnya pula hamba kitar semula daripada sampul duit raya dahulu. Maka adalah sampul untuk belanja sekolah, melancong, servis kereta, petrol dan tol, bil-bil dan sebagainya. Bahkan sekiranya hamba mempunyai sesuatu yang khas ingin dibeli seperti komputer, beg kamera dan sebagainya, maka satu sampul baru akan diadakan. Hamba menyimpan sedikit-sedikit untuk memiliki sesuatu barangan. Hamba tidak kisah sekiranya barangan itu lewat hamba miliki memandangkan satu tempoh masa yang lama diperlukan sebelum ia mencukupi. Ia lebih baik berbanding membayar secara ansuran di kedai yang pastinya menuntut faedah dan sebagainya.


TAPAI, TRAVELS & GUILTY PLEASURES OF A FERMENTED MALAYSIAN - Hishamuddin Rais

  Hamba cukup suka dengan cover   buku ini. Ia adalah susunan bahan makanan, rempah dan sayuran yang membentuk wajah Hishamuddin Rais. Tapai...