Khamis, 25 Oktober 2012

PEDALAMAN SARAWAK – SG. ARIP

Rasanya di antara kesemua tempat yang hamba lawati tempohari, kawasan klinik Kesihatan Sg. Ariplah yang agak mudah untuk sampai. Ini memandangkan kawasannya berada dalam lingkungan 1.5km dari jalan besar. Namun ia tetap dikira berada di dalam kawasan pedalaman memandangkan kedudukan lokasinya yang jauh dari bandar dan tidak mempunyai beberapa kemudahan seperti air dan elektrik.

Terletak berhampiran sebuah perkampungan rumah panjang, klinik ini terdedah kepada ancaman banjir. Bahkan beberapa penghuni rumah panjang berhampiran telahpun mengosongkan kawasan kediaman mereka buat selamanya. Ini memandangkan mereka sudah tidak tahan dengan banjir yang menyebabkan berlakunya kerosakan kepada barang-barang dalamn rumah mereka. Seandainya keseluruhan penghuni rumah panjang itu berpindah nanti maka pastinya kakitangan klinik akan kehilangan jiran mereka yang terdekat.


Penghuni kuarters banyak bergantung kepada air hujan walaupun telaga tiub disediakan. Ini memandangkan air yang terhasil dari telaga tiub itu agak kotor. Ancaman binatang berbisa seperti ular yang memasuki kawasan kuarters atau klinik selalu berlaku menyebabkan para kakitangan perlu sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berlaku.

Mereka mungkin agak bernasib baik kerana perkhidmatan telefon bimbit telco tertentu dapat berfungsi walaupun tidak berapa baik penerimaannya. Sekurang-kurangnya keadaan mereka lebih baik daripada kakitangan di Kuala Kakus dahulu! 




5 ulasan:

  1. ::: salam bro kenitra.. gambar nurse! [hehehe] bila plak laa bro berpindah ke sarawak nih? ada urusan kerja yaa.. maklumlaa lama terputus hubungan. raya korban balik kg tak? selamat hari raya bro..

    BalasPadam
  2. Assalamamualaikum Tuan PTD..lani Tuan dah tak keja dengan jabatan wakaf dah ka? Camna boleh sampai ke sarawak ni.hehe.Lama tak dengar cerita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dok lagi dah jab wakaf, org tak mau khidmat kita, kita angkat kaki ajelah....

      Padam
  3. Wah lani dok kat KKM dah no..saya dulu pun KKM..tapi lani bila dapat kerja tetap kena keluaq..sayang oo KKM sebab KKM ni pelbagai jawatann..tapi rezeki tak ada di situ.

    BalasPadam

TRAGEDI LIMAU PAHIT

  Tragedi Limau Pahit adalah tulisan pertama hamba yang tersiar dalam majalah Ujang keluaran 1 November 1996. Zaman ini hamba menulis tangan...